my third poem; bebaskan burungku.
Kamu seperti burung,
Datang dan pergi.
Tidak dapat ku kejar diri mu,
Adakah ku perlu biarkanmu pergi.
Mungkin ku harus membebaskanmu,
Dari perangkap cintaku.
Namun ku tidak boleh bebaskan perasaanku,
Kerna ku sendiri yang memerangkap cintaku.
Kenapa harus ku mencintaimu,
Walaupun aku tahu kau tidak rasa sebegitu.
Aku begitu berani menyayangimu,
Pabila terluka, aku takut untuk berhadapan dengan hatiku.
Aku mencuba untuk tidak menangis,
Kerana aku yang mengundang kelukaan ini.
Pabila hujan gerimis,
Ku pasti tangisanku tidakkan kamu dengarin.
Mana mungkin kamu mencintaiku,
Aku harus terima kenyataan ini.
Bagaimana aku harus teruskan hidupku,
Menerima kepahitan ini?
Bukan mudah yang ku sangkakan,
Ia begitu payah tidak dapat ku bayangkan.
Ingin berharap kamu kan selalu berada di sisiku,
Ia hanya harapan yang tinggal hanya kenangan.
Aku tidak harus mengingatkan kamu kembali,
Setelah membebaskan kamu pergi.
Pergi jauh mencari kebahgiaanmu,
kebahgiaanmu adalah kebahgiaanku nanti.